Info
Venlo, Belanda | Published on: June 25, 2012
Social media pitch
Mujjo melancarkan koleksi Originals untuk peranti Apple - Sarung yang dibuat daripada felt wul dan kulit yang http://pr.co/p/000pak
Summary
Mujjo, syarikat yang memperkenalkan sarung tangan skrin sentuh yang diminati ramai pada musim sejuk lepas, akan melancarkan projek barunya tidak lama lagi: sarung (sleeve) yang dibuat daripada gabungan felt wul 100% dan kulit berkualiti tinggi untuk melindungi iPhone, iPad, Macbook Air dan Macbook Pro dengan bergaya.
Details

Sarung sendat ini menggabungkan minimalisme dengan keanggunan yang tahan lama untuk menyimpan peranti Apple anda dengan penuh gaya. Setiap sarung mempunyai flap daripada kulit, dengan kancing yang mudah untuk menjamin keselamatan peranti Apple anda. Snap dan rivet dilaraskan agar peranti anda hanya menyentuh lapisan felt wul yang lembut dan tebal. Setiap sarung mempunyai ruang simpanan pintar membolehkan anda menyimpan dokumen, penyumbat telinga dan sebagainya.

Untuk melahirkan koleksi The Originals - nama koleksi sarung Mujjo - Mujjo menggunakan kepakaran sekumpulan pereka fesyen. The Originals menawarkan dua kombinasi warna, felt wul kelabu gelap yang digabungkan dengan kulit perang dan felt wul kelabu cerah yang digabungkan dengan kulit putih. Dibuat dengan tangan, sarung ini dibuat khusus agar sesuai dengan iPhone, iPod Touch, iPad (walaupun dengan smart cover anda terpasang), Macbook Air dan Macbook Pro.

Gabungan unik felt wul 100% dan kulit berkualiti tinggi. Felt wul merupakan bahan yang mampan dan boleh diperbaharui, kuat tetapi lembut. Kami menggunakan kulit top-grain berkualiti tinggi yang diproses dengan tumbuh-tumbuhan dan dicelup tangan. Bahan felt mudah dibersihkan, dan diproses khas menjadikan sarung ini sukar mengelupas dan kalis air. Pengasas dan pengarah kreatif Mujjo, Remy, menjelaskan: dalam usaha ini, kami bermula daripada kosong, mengubah cara kami bekerja dan membangunkan sendiri fabrik alami dan mereka bentuk bersama-sama pembekal kami.

Pada tahun 2011, Mujjo membangunkan sarung tangan musim sejuk yang boleh digunakan dengan skrin sentuh, sarung tangan ini membuahkan kejayaan yang besar. Sarung tangan skrin sentuh Mujjo dipuji kerana kualiti, penampilan dan fungsinya dan telah dipaparkan di dalam beberapa penerbitan utama seperti CNN, CNet, ZDNet, TechCrunch, TUAW, MacRumors, Gizmodo, dll.). Berpuluh-puluh ribu orang di seluruh dunia bergantung pada sarung tangan skrin sentuh Mujjo musim sejuk ini untuk memastikan tangan mereka kekal hangat ketika menghantar mesej atau membuat panggilan.

Mujjo sedang berkembang pesat, akan terus berubah, tetapi akan tetap mengekalkan minat yang mendalam bagi setiap rekacipta. Walaupun ketukangan Belanda Mujjo mungkin tidak serasi dengan semua orang, tetapi semua itu hanyalah manifestasi kehendak Mujjo. Koleksi sarung Mujjo boleh didapati di kedai-kedai mulai Jun 2012 dan kini tersedia untuk pesanan awal di Mujjo.com.
Quotes
Making good products goes beyond the desire of keeping clients and reputation.

— Remy Nagelmaeker
Mujjo’s Dutch Craftsmanship may not be for everyone, and that is just the way we want it to be.

— Tom Canters
Mujjo's passion for Dutch craftsmanship is reflected in the contemporary style of the sleeves.

— Robin Nagelmaeker